《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Kenapa Kena Sarapan Pagi? Sebab Taknak 5 Perkara Ni Jadi

loading...


Rasanya semua tahu yang sarapan pagi ni amat penting untuk kesihatan dan buat kita kekal aktif. Walaupun kita tahu kepentingannya, tapi ramai yang abaikan dan tidak besarapan pagi. Alasannya lewat nak pergi kerja lah, bangun lambat lah dan macam-macam lagi lah. Jaga-jaga tau, perkara buruk ni mungkin terjadi pada kita jika kita tak bersarapan pagi.
1.    Prestasi kerja menurun
Apabila bangun tidur, paras gula kita jadi sangat rendah. Jika tak bersarapan, tiada gula dalam darah, so akan menyebabkan pening, lemah badan, kemurungan dan prestasi kerja merosot.
2.    Boleh jadi gemuk
Siapa cakap tak bersarapan boleh jadi kurus? Haa jawab jawab! Haha. Sebenarnya elak sarapan pagi buat kita rasa lebih lapar dan akhirnya waktu lunch kita melantak banyak-banyak. Haa sia-sia je tau.
3.    Rasa lemah dan tak boleh fokus
Sarapan ialah sumber tenaga utama agar kita kekal aktif. Jika kita tak sarapan pagi, badan kita akan kurang bekalan gula, tak bertenaga, keletihan, tumpuan lemah dan kemurungan.
4.    Penuaan dan kulit berkedut
Bila badan kekurangan sumber tenaga, ia akan membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, ia buatkan kulit menjadi kering dan berkedut.
5.    Sembelit
Jika kita sering mengelak untuk bersarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan menggangu rutin pemakanan yang betul sekaligus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
loading...